CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, November 3, 2010

mood sedih Dtang

Sebelum memulakan pembacaan ini,anda sekalian dinasihatkan supaya meletakkan sekotak tisu di kanan kiri kerana cuaca hari ini meramalkan hujan akan turun dari mata anda.Itu pun kalu anda felling yg sma dengan aku.

Assalamualaikum.
di harapkan semua sihat-sihat belaka.
kalau x sihat,cepat2 la telan panadol,sebotol pn xpe,
asalkan korang bahgia
kali ini aku ingin berkongsi luahan hati seorang hamba Allah yang sangat merindui ibu bapanya kerana merantau jauh dari kampung halaman
  ummi.apa khbar ummi di sana?.Ana harap ummi sihat dan bahagia dengan hidup sekarang.Bagaimana bulan madu..ecehceh...ummi dah masuk 40 tahun masih ada peluang g bulan madu.Ana bila la boleh peluang tu.Ummi,abah apa khbar?sihat x?Lama Ana xberbual dengan abah.Abah memang jenis senyap ke?Ke Ana yang masih tidak dapat memahami perangai abah.Nanti kirim salam kat abah tau.Ummi,sebenarnya Ana nak call ummi,nak beritahu something,tapi mulut Ana tak dapat buka dan suara pun jadi kelu.Ummi ingat hari Ahad petang ada talian tanpa suara?Time tu Ana yang call dan masa tu Ana dah tekad nak luah perasaan kat ummi,tapi Ana tak sanggup.Ana belum kuat.Ana takut ummi sedih dan bimbangkan Ana.Oleh itu la Ana hanya dapat hantar email ini kepada ummi.Cuti minggu lepas,kolej kediaman Ana ada buat usrah.Dalam usrah tu ada tentang ceramah pasal Ibu.Ana sangat terkesan.Time tu Ana rasa Ana ada banyak buat silap kat ummi.dari kecil.Ana selalu bantah dan melawan cakap ummi,tapi ummi sabar,ummi tak marah,ummi cakap elok-elok.Tapi Ana sikit pun tak ambik peduli perasaan ummi.Masa darjah 5 ummi tegur cara pemakaian Ana,tapi Ana marahkan pula ummi.Ummi larang Ana masuk bola jaring,Ana merajuk tak keluar bilik.Ummi suruh Ana tukar persatuan pandu puteri kepada Puteri Islam.Ana memberontak marah.Sampai satu tahap Ana benci dengan ummi yang selalu sahaja mahu mengatur hidup Ana.Perangai Ana semakin menjadi-jadi sehingga naik sekolah menengah.Ana tak mahu masuk sekolah agama,tapi ummi berkeras mahu sekolahkan Ana di sana.Ana buat-buat gagalkan exam.Ana tak tumpu perhatian kepada pembelajaran dan ketika f3 ada diturunkan kelas.Ketika itu la baru Ana sedar akan kelekaan Ana,kesilapan Ana,kebodohan Ana.Sehingga Ana sudah menconteng arang di muka ummi kerana Ana ditangkap ketika membuat date dengan pak we Ana.Tapi kejadian itu tidak membuatkan Ana sedar sehingga la atuk meninggal.Ana sangat sedih kerana  atuk la tempat Ana menagih kasih sayang.Tapi,ummi tidak perlu risau,sekarang Ana sudah menjadi seorang anak yang solehah.Insya-Allah Ana akan terus dan menerus untuk melakukan perubahan dalam diri Ana.Rupanya apa yang ummi larang dan apa yang ummi suruh itu memberi kesan kepada Ana yang sekarang.Jika ummi tak larang apa yang Ana nak,pasti Ana tak menjadi seperti ini.Sebagai seorang yang tabah dan matang dalam membuat sebarang keputusan.Ini semua hasil bimbingan ummi.Terima kasih ummi.Harapan Ana agar ummi dapat mendoakan Ana dari jauh.Sampai sini dulu ye ummi,ada masa nati Ana antar email pula.Jangan lupa kirim salam kat abah.
salam rindu dari anakmu-Nur Hasanah bt Muhammad 


ini pula kepada arwah ayahnya

assalamualaikum walid...mintak maaf ye walid sebb dah lama Ana tak 'bercakap' dengan walid macam dulu.Sebenarnya Ana sibuk dengan majlis perkahwinan ummi.Emm,Ana tak tahu macam ane perasaan walid ketika mendapat tahu yang ummi sudah kahwin baru.Mari Ana jelaskan kenapa.Harap-harap walid dapat terima.Walid,dah 5 tahun walid meninggalkan kami.Ana,abang,kakak dan adik sangat rindukan walid.kami tak lupa baca Yassin tiap-tiap malam jumaat.Dengan harapan walid akan mendapat cahaya dalam pembaringan di sana.Walid,Ana rindu kan Walid.Rindu sangat-sangat.Ana sendiri tidak dapat merungkai macam mana rindunya Ana kat walid.Ketika ummi sah menjadi isteri abah,air mata Ana menitik.Ana tak tahu sama ada air mata itu tanda kesedihan atau kegembiraan.Tapi mendengar lafaz 'sah' 'sah' itu,hati Ana macam direntap-rentap.Sampaikan Ana rasa menyesal bagi keizinan ummi kahwin dengan abah.Ana rasa macam kami sudah melupakan walid,tapi sumpah, sampai sekarang dan sampai bila-bila pun Ana dan adik-beradik tidak akan sekekali lupakan walid.Ummi memerlukan seorang ketua untuk membimbing kami.Ummi bukan perempuan gatal dan miang atau kehausan kasih sayang seorang suami,tapi ummi memikirkan kami yang sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah.Memang,Ana mengakui,Ana sangat rindukan kasih sayang seorang ayah.Walid tinggalkan Ana ketika Ana baru dalam proses menjadi seorang anak remaja.Walid tinggalkan Ana dalam kedaan yang sanagat daif,yang sangat memerlukan perhatian daripada seorang ayah.Ana tidak sangka yang walid akan tinggalkan kami dengan begitu cepat.Sedangkan ketika walid berlepas ke Mekah,walid sihat-sihat sahaja,tapi kenapa walid?kenapa walid tidak pulang dalam masa yang ditetapkan?Kenapa hanya beg-beg pakaian walid sahaja yang pulang bersama-sama kurma dan air zam-zam sahaja.Kenapa bukan walid yang membahagikan semua itu kepada kami?kenapa walid,jawab la walid,jangan buat Ana macam  ni.Ana perlukan jawapannya.Tapi,Ana hanya dapat ucapan takhziah daripada tetamu yang datang.Walid,sampai sekarang walaupun sudah 5 tahun walid tiada,Ana rasa bagai baru semalam Ana mendapt berita kematian walid.Tok Ma sangat tenang ketika mengkahbarkan berita itu kepada Ana.Ana ingatkan semua itu hanya main-main sahaja,tapi apabila ramai yang datang dan peluk ummi,peluk Ana barulah Ana sedar yang walid sememangnya sudah tinggalkan kami.Ana tunggu sampai pukul 10 pagi,dengan harapan jenazah walid akan sampai.Tapi sampai petang walid tak sampai-sampai.Rupanya walid sudah ditanam di Mekah dan maknanya ANA TIDAK AKAN BERPELUANG MENZIARAHI PUSARA WALID.Walid,apa dugaan ini?dah la ketika saat walid menghembuskan nafas terakhir,kami tiada di sisi dan tiada kami yang mengajar walid kalimah syahadah dan sekarang kami tidak berpeluang untuk menziarahi pusara walid.Apa yang dapat membuatkan kami dekat dengan walid?Ana harap dengan sedekah al-fatihah,walid akan mendapat jua manfaatnya.Mintak maaf walid,Ana sudah tidak sanggup untuk teruskan lagi.Kasi Ana waktu dan kalu ada masa Ana akan tulis lagi dalam buku ni.Walid,ingat lah Ana akan sentiasa sayangkan walid waluapun Ana dah ada abah.Ana nak tidur dah.Tidurlah walid di sana dengan aman.Ingat,Ana sentiasa ingat dan sayangkan serta akan teus rindu kat walid.Selamat malam walid.Assalamualaikum. 
ini sekadar luahan seorang anak yang tidak mampu menahana perasaan kepada ummi dan walidnya.Bersyukurlah kerana kita masih ada ibubapa yang sanagt sayangkan kita,yang sangat ingin melihat kita hidup dengan bahgia dan ingatlah,jika kita berbuat jahat kepada ibubapa kita,suatu hari nanti,anak kita juga akan berbuat perkara yang sama kepada kita.

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment