CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, December 2, 2010

Saya Nak Join Kenali Blogger Oleh Zairie

salam....
hari ini dah dua kali aku postkan entri...
ada sebab aku buat cam ni...
haaa,nak tahu kenapa?
jom klik Zairie Dinzly
tapi after korang baca apa tujuan aku...
hohohhoho..

yang buat aku nak join sebab kata-kata Zairie
(walupun tiada mulut dalm ni untuk berkata-kata)
dalam blog Zairie,dia kata cam ni...

ok... so, zairie nak buat satu sesi khas di mana zairie akan buat satu entry mengenai blogger tersebut.. dengan cara ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan blogger dengan blogger yang lain... insyaallah..

jadi,aku tak nak lepaskan peluang join sekali.
Aku baru je dalam dunia blogger ni.
so,aku boleh belajar banyak perkara lagi
kalau nak ikut susunan peringkat sijil,diploma,ijazah,master ngn phd,
aku masih tahap sijil dalam dunia blog ni..hohoohohoho
mana la tahu aku boleh mendapat pelbagai idea dengan ahli blogger yang lain...
dapat menambah kenalan,bertukar idea dan membaiki page blog ni..
Insya-Allah..

jadi,korang boleh la klik kat atas.
lawati blog Zairie tu..
ok,jumpa lagi....macam biasa,kirim salam kat cicak kat atas.
Salam


mengeratkan silaturrahim


Wednesday, December 1, 2010

Mood TazKirah.....

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh
Selawat besar kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Bersyukurlah kerana kita still berpeluang
jalan guna kaki (boleh bayang jalan guna hidung)
makan guna tangan (boleh bayang makan guna telinga)
bernafas guna hidung (boleh bayang bernafas guna tangan)
melihat guna mata (boleh bayang lihat guna kaki)
dan paling seksa kalau korang nak 
korek hidung..
biasanya korang korek hidung guna apa?
mestilah korek hidung guna tangan kan..
haa,cuba bayangkan tangan anda tidak dapat berfungsi
korang nak guna apa lagi untuk korek hidung??
ofkos la guna kaki kan??
boleh bayangkan anda korek hidung guna kaki...???
hahahahahaha
sangat la tidak senonoh sape yang buat kje "mulia' tuh...
jadi,marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran atas nikmat Allah yang tiada gantinya..
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah 





Selagi anggota badan dan alat pancaindera korang berfungsi dengan baik,
gunakan dengan sebaiknya untuk melakukan amal ibadat.
Insya Allah anggota tersebut akan menjadi saksi untuk semua pekerjaan yang korang kerjakan..
seperti dalam surah Al-Nur ayat 24
Allah berfirman yang bermaksud 
"pada hari(ketika)lidah,tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan"
Tengok,siap aku keluarkan dalil lagi kasi korang percaya.
kalu tak caya gak,tak boleh nak buat macam mana la..
jadi,korang kena la beringat 
nak buat sesuatu tu,mesti fikir dulu kesan pada masa akan datang...
kita masih ada masa untuk bertaubat
dan kalau korang nak tahu
sehelai bulu mata yang terkena air mata penyesalan akan tolong kita daripada terkena azab di akhirat.
tapi perlu dipastikan air mata itu adalah air mata yang penuh penyesalan datang dari lubuk hati yang dalam...
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
kepada korang nak tahu kisah bulu mata tu
boleh klik sini
tapi pastikan on dlu FB anda..
selamat mengeja...

emmmm...ok lah..
entri kali ini sekadar untuk mengingati diri sendiri  dan juga orang lain..
saling ingat-mengingati itu sangat dituntut dan sudah menjadi tugas kita mengingatkan sesama muslim.
segala kekhilafan harap dimaafkan..
tiba-tiba datang je mood nak sentuh bab agama kali ni....huhuhu
jadi,tak boleh nak tangguh la mood ni,
maka lahirlah sedikit perkongsian ini.
jumpa lagi entri lain kali..
Assalamualaikum...

Wednesday, November 24, 2010

CeRita AtuK TeKsi

salam 
kaifa haluka?
ana harap antum semua berada dlam sihat walafiat balke..
caring tak aku hari ni??
hoohoohoho

ok,kali ni,Halwa Iznun aku ditukr sekali lgi ats sbb trtentu..
Sebabnya tak perlu diceritakn 
tapi hrap korang enjoy la dengar lagu ni..
ha,kalu sape-sape yang nak tahu lirik lagu ni
klik sini
kalau tak nak tak pe.
aku tak kisah pun.

kali ni aku bukan nak cerita pasal lagu
tapi cerita aku 
cerita aku dengan Atuk Teksi.

begini ceritanya
tadi aku ke Pustaka daerah,
tapi kat besut dah sinonim dengan nama
Pustaka Kg Raja.
aku jnji dengan mmber aku pergi sana.
yela,duduk rumah boring jgk..
kalau tidak memproses kilang peta dunia,
aku menghadap laptop.
tak ke boring bin bosan  namanya.?
buat benda yang sama je...
tapi kemas rumh ngn mask tu memng dah jadi bnde wajib
jangan pertikaikkn lagi..
hohohh

ok,berbalik kepada story aku
aku pun pergi la ke sana.
menghadap buku-buku 
dan aku sempat pinjam 2 buah buku.
lepas smbyg zhor kt msjid Kg Raja aku balik.
tunggu la  kat bus stop
walupun nama bus stop,tak de sebutir bas pun yang lalu kat situ.
hampeh,dekat sejam jgk ddk situ..
tapi tak pe,aku naik la teksi yg kebetulan tak ada penumpag..

sepanjang dalam teksi tu
pak cik tanya la aku orang mana,
aku cerita la gitu gini
rupanya dia kenal arwah atuk aku 
dan  atuk ni jugak anak murid kepda atok saudara aku.
kemudian ada sorang nnek menahan teksi tu.
maka terjadi la sesi berbualan antara atuk tu ngn nenek tdi.
Rupanya atuk tu dah umur 66 
dan nnek tu umur 62
emm...dah tua cam ni pun masih larat bawak teksi
syabas la atuk....!!! seratus markah untuk atuk..
hohoho.


ini dia atuk


nenek ini mcam malu je...huhuhh



Antara salah satu ayat atuk tu yg buat aku terasa ialah

"nati bawok 3 la kain putih jugok,masuk lube tak dok gapo doh la.Kita ni samo jah.Jange dok ingat jaso ore wt budi ko kito doh.Oghe loni dok tengok ko harto pakak kito doh,oghe loni tengok hati budi jah."

ada faham loghat ni?ok,aku trnsltekan.
cam ni..

"nanti bawak 3 helai kain putih juga.Masuk lubang tiada apa dah.Kita ni sama sahaja.Jangan lupa jasa orang yang sudah berbudi kepada kita.Orang sekarang tidak lihat kepada harta pangkat,orang sekarang tengok hati budi saja"

haa,dah faham??
so,moralnya yang aku nak beritahu kat sini
ingat la jasa orang yang dah buat kat kita
terutama jasa ibubapa kita,jasa datuk nenek kita
jasa adik-beradik kita dan jasa semua muslimin dan muslimat kepada korang.
kalau nak buat jahat,ingat la jasa mereka.
Jangan jadi seperti Soya yg lupakan Kacang Soya..
kuengkuengkueng
aku sekadar ingatkan diri sendiri dan korang semua.
semoga dapat membaiki kekurangan yang ada.
ok,pamit dulu yer..
ha,pamit ni bermaksud 'pergi dulu' dalam bhse Indo.
ni dari bahana ku tengok movie KCB..
macam biasa,kirim salam kat cicak ats syiling yer..
salam.

Tuesday, November 23, 2010

TukaR LaGu

salam
pe khbar semua??
aku sihat je.
malah brtmbah berat badan
ye la,ddk kat rumah,semua mknn ada
nampak je, mesti mknan tu jadi mangsa aku
tak peduli dah makanan tu rela ke tak..
kejam tak???
hahahahah
lantak ler,aku nak qada sebab lama dah tak makan free cam tu
kat ipg semua kne bayar kecuali air masak atau nama santifiknya air kosong



ok,entri kali ini aku bukan nak cerita apa-apa
tapi chek nak habaq yg Halwa Iznun chek dah tukar
kalu dulu chek guna lagu dari kumpulan Goliath-Hidup Ini Mahal
sekarang chek guna lagu dari team Radja-Terus-Terang

emm..........
terpulang kepada korang nak anggap aku ni jiwang ke?
tak patut ke?tak malu ke?
terpulang,
aku tak kisah korang nak sginfiksikan aku orang macam mana
yg penting aku tahu apa yang buat
kalu tak suka dengar lagu ni,boleh offkan spekr lptop korang
aku tak kisah,malah aku suka..hohohoh
aku seyum...



lagu ni memang jenis jiwang dan rock sikit
tapi aku tak anggap lagu ni hanya untuk pacar
tapi aku lebih membayangkan kepada kisah aku dengan kawan aku
cinta aku kepada seorang sahabat
memerlukan aku kepada seorang sahabat
cewahhhh,berjiwang la palk..
hohohohoho
tapi,sungguh aku tak tuju kepada mana-mana laki
pak we pun tak ada
aku hanya tuju kepada semua kawan-kawan aku
terima la dengan setulus hati...

tapi aku tak kisah kalu korang nak hafal lagu ni
or ambik lagu ni sebagai febret ke
aku izinkan malah aku relakan..
macam la aku ni komposer dia.
layannnnsssss

ok la,
aku pamit dulu yer
haa,kalu nak tahu maksud pamit tu,
tunggu entri aku lain kali.
eleh,macam la ada orang tunngu entri ko...
ASSALAMUALAIKUM

Monday, November 22, 2010

Dah Solat??

salam
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi 
kita dapat berkumpul pada kali ini




Tuan-tuan dan Puan-Puan
Sesungguhnya dirikanlah solat kerana solat itu mencegah diri
 daripada melakukan perkara keji dan mungkar.
Oleh itu,saya berharap agar sekiranya masih ada
 di antara kalangan tuan-tuan dan puan-puan yang belum menunaikan solat,
segeralah berbuat demikian.
Kerjakanlah solat.Pintu taubat masih terbuka,
janganlah lengah-lengahkan solat semata-mata ingin menghadap blog ini..
Dahulukan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting 
daripada yang tak penting.Boleh faham?

Jadi,silakan tinggalkan blog ini sekiranya anda belum solat
.Saya tidak mahu kerana blog ini,waktu solat anda terganggu..
Jika anda tidak mahu berundur,biarlah saya sahaja yang pergi...
Ingat,bersolatlah kerana solat itu adalah perkara pertama yang
 akan dihisab pada hari pengadilan nanti.
Jika buruk amalam solat kita,maka cacatlah kesemua amalan baik yang kita lakukan.
Assalamualaikum..

Sunday, November 21, 2010

Tak tAhu...

salam
dah lama tak update..
ada orang windu tak???
toing**toing**  toing**  
bukan apa,aku tak ada idea nak tulis je
tambah-tambah pulak perisa MALAS bercampur
jadi,macam mana la nak tulis entri kalu mood pun tak ada
tapi sekarang ni dah ada mood
aku pun tak tahu nape la balik rumah ni mood berblog dah tak ada
nampak gaya,aku kena pergi berubat ni
ni dah jadi kes parah
kalu dibiarkan nanti jadi berulat..
ok,aku pong-pong je

ha,mesti ada orang LUAR BESUT or KELANTAN yang tak tahu maksud 'pong-pong' ni
tapi kalu ada jugak orang BESUT dan KELANTAN tak tahu maksud 'pong-pong ni,
memang lebih parah dari aku..
komfem kena pergi berubat kat Ciyam...
hahahaha
tapi,kepada orang yang tak tahu tu,sabar ek....
nanti aku beritahu apa maksud tu
sebab aku baik la aku tak nak kasi korang tertanya-tanya
tapi kalu nak tahu maesti ada syarat
bayar 20 posen dulu..
eh tak la,aku gurau je...

           betul-betul(baca dalam versi upin-ipin)

emm...sebenarnya
aku tak tahu apa nak tulis 
dan sampai sekarang aku tak tahu  apa yang aku nak tulis
sehingga aku tak boleh nak fikir apa yang aku nak tulis
sebab aku tak tahu apa yang aku tulis...
hahahahahah

hajat nak cerita pasal aku sepanjang sem 1
tapi semua gambar dalm extrnal
dan benda tu abang aku pinjam bawak pergi kat u dia
2minggu lagi beliau balik
jadi sebagai adik yang baik
aku kena sabar
2 minggu je...
hogogogogogo

haaa,sebelum lupa
aku nak ucap somthing
kepada adik-adik yang ambik SPM
kakak dan orang laki tua sikit ngn aku(nak panggil abang segan.)
yang ambik STPM
saya ucapkan 
SELAMAT MENJAWAB SOALAN DALAM PAPER MASING-MASING
GOOD LUCK AND DO THE BEST

haa,kasi besar sikit 
mana la tahu bersemangat lepas tuh
pesanan dari penaja

ok la...off dulu
kalu aku ada idea n mood nak menaip satu satu
aku post je la apa-apa 
kirim salam kat cicak atas syiling yer...
papai
salam

Wednesday, November 17, 2010

raYa oh raYa

salam
korang dah bertakbir hari ini?
kalau tak,marilah kita insafi diri ini
cuba tanamkan sikap malu itu dalam diri
takbir ni setahun sekali je(tak campur raya pose)
tak kan la tak boleh buat kot??
kalu duduk menyanyi lagu hindustn,dangdut
boleh pulak??
emmm...zaman sekarang...apa boleh buat???
tapi,kepada yang dah takbir tu,alhamdulillah
beruntung aku dapat orang cam ni....
~ngehhhh~ngehh~~


boleh berkenalan

tapi
suasana hari raya korban sekarang dah tak sama dengan dulu
ingat lagi masa kecik-kecik 
aku akan menyorok kat semak
kat pokok-pokok
semata-mata nak tengok proses penyembelihan lembu
walupun aku duduk tersorok,tapi aku boleh nampak lagi lembu tu kena sembelih
bila dah habis urat putus,
lembu tu akan men'gamuk'
darah membuak-buak keluar
haaa,time tu la aku akan mengedik cari sapa-sapa yang besar
dan menyorok belakang dia
tapi,time tuh aku umur 6tahun.
masih jakun lagi...
heheh

Bila dah besar sikit,aku mula berani dekatkan diri dengan tempat kejadian
Frist tengok,Ya Allah....
kesian bangat
lembu tuh sempat tengok kat aku
seolah-olah minta simpati
tapi,aku pulak tak der la nak pergi kat lembu tu
dan pujuk sambil belai beliau supaya sabar..
kalau aku buat cam tu,sahih kena perintah berkurung tak boleh keluar rumah
hohohoho

emmmm...
semua tu dah menjadi kenangan
aku dah tak dapat rasa suasana cam tu
sedih tu memang la,tapi pandai-pandai la cover
memang aku rindukan suasana dulu
berkumpul ramai-ramai dengan sepupu-sepapa-sepipi
dan pakat tengok lembu kena sembelih...
dulu,tempat penyembelihan lembu kat belakang rumah aku je
lepas habis solat raya,
orang  lelaki kampung mula berduyun-duyun datang bawak parang kat pinggang
aku pulak dok sibuk cari selipar jepun dan ajak sepupu-sepupu aku tengok
lepas habis proses sembelih,aku akan duduk menyibuk kat bahagian makanan
buat-buat haus,boleh minum secawan dua pun tak apa.
Tapi aku tak pernah join bapak-bapak tu menyiang daging
sebab time tu ada cerita best kat tv
aku apa lagi,layan cerita la..tak pun main-main dengan sepupu
sebelah petang pulak,kami akan pakat pergi ramai-ramai ke tempat kejadian
tengok kesan darah,pah tu pulang setelah habis menyiasat

haa..itu la aku masa dulu
tapi semua itu dah tak dapat rasa
ia hanya kenangan dalam diri
aku pun tak tahu kenapa suasana macam dulu dah tak sama 
cuma harapan aku agar,
aku sempat nak beraya kat mekah
sempat tunaikan haji dah umrah
mana la tahu esok lusa kita dijemput
tak pun kiamat dulu yang tiba
jadi,marilah kita berbanyakkan amal ibadah
bersyukurlah dengan apa yang ada
hidup ini mahal bila difikirkan 
ecehceheceh
selit tazkirah la pulak..
hehehe,sekali sekala

k la,papai semua
sebelum itu ucapan dari aku
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
salam

Tuesday, November 16, 2010

daH saMpai....

salam..
lembu kambing unta korang apa khbar?
diaorang sihat tak?
korang dah kasi makan cukup-cukup?
tali dah ikat kuat-kuat ke?nanti terlepas pulak
tak kesampaian la korang nak makan daging korban
so,jagalah mereka sebelum terlambat
waduhhhhhsss,mentang-mentang la esok raya korban
asyik duduk cakap pasal magsa korban je..

ok la...
entri kali ini aku bukan nak cakap pasal korban ke
raya haji ke
sembahyang haji ke
tapi pasal aku...
hohohohoho
kalu tak nak tahu,
sila ringankan tangan anda ke bucu atas sebelah kanan dan klik X.
tak kisah pun...
yoyoyoyoyo

sekadar hiasan semata-mata


sekarang ni 
saat ini
masa ini
aku dah ada kat rumah
bertolak semalam dari Melaka Center pukul 8.15 malam gitu
dan sampai kat depan rumah aku dalam 5 pagi..
sepanjang aku dalam bas,memang tak boleh tidur nyeyak la
punya la laju pak cik bas tu pandu
dalam hati ni dah berzikir banyak-banyak
dalam fikiran pulak dok fikir nak buat wasiat apa untuk kelurga n kawan-kawan
memang takut geler
dah la sebelum ni dah ada kes kemalangan bas ekspres
mintak sangat la jangan berlaku cam tu
tapi,alhamdulillah 
selamat juga aku sampai kat rumah ni
terima kasih pak cik bas Mayang Sari
lain kali saya naik lagi ye...

haa..untuk korang yang duduk kat melaka or mana-mana la
aku sarankan korang naik bas Mayang Sari
kerusi dia...fuhhhhh
tapik spring aku
boleh wat katil kerusi tu
dan sejuk sampai aku tidur merenggok
pah ni kena bawak selimut tebal-tebal
lantak orang la nak kata aku jakun ke,poyo ke,al-darat ke,
yang pasti aku tak menyusahkan diaorang.
tak gitu???
pah ni kalau tak ada aral melintang
akan jadi peminat setia bas Mayang Sari dah
harga pun tak mahal sangat
ok la dalam bajet aku sebagai seorang pelajar
jimat pun jimat,
selesa lagi tuhhhh....

k lah,off dulu
eosk aku postkan pasal raya haji pulak
itu pun kalau ada masa
papai
salam

Saturday, November 13, 2010

pUn

salam
kaifa haluka?
how are you?
apa khabar?

ecehcehceh
speking pelbagai bangsa la plak..
xkan baca je kot,jawab la jugak
aku ni betapa prihatin tanya khbar korang
eh tak dijawabnya pulak
kecut hati aku tau...
khekhekehekehekhek



layan......emm
entri kali ini aku nak cerita pengalamn aku masa darjah 3.
betapa malu bagai nak sorok muka dalam tong gas je
aku kena tegur pasal hasil jawapan karangan aku
time tuh  terima result pertengahan tahun
sebelum menerima hasil exam tu,
cikgu dah perli 
dia kata 'sikit-sikit pun','sikit-sikit pun'
kami ni dah pelik
bila dah terima kertas tu,barulah aku tahu apa yg sebenrnya yg cikgu katakan

malu memang la malu,
tapi itu la pengalamn yang memang aku tak kan lupa
mujur la cikgu tak beritahu siapa yg punya angkara tu
kalu tak,mana la aku nak letak muka ni

pernah tak anda guna perkataan 'pun' dalam hasil karangan korang
kalau bukan dlam karangan pun,dalam perbualan ngn mamber ke
ada tak??eleh,ngaku je la 
jangan nk mengelak
aku tahu kompen korang pernah guna benda alah ni
hahah,cepat ngaku....

aku ingat lagi karangan tu tajuk apa
kami kena buat cerita pasal rumah dimasuki pencuri
korang boleh agak tak macam mana karangan kau
tulisan aku
dan pemikiran kolot aku
hahahaha
aku tak kisah sebab korang sama je ngan aku dulu
sama-sama pemikiran kolot
kuangkuangkuangkaungkuang

lebih kurang cam ni la ayat karangan aku

" rumah aku dimasuki pencuri,abang aku terjaga,dia pun terus kejutkan aku.Aku pun bangun dan cuba dengar kalau-kalau pencuri itu akan maasuk bilik aku.Aku pun terus mencapai telefon dan telefon polis.Dalam sepuluh minit,polis pun tiba.Pencuri itu pun berjaya ditangkap polis.Ayah pun mengucapkan terima kasih kepada polis.Polis itu pun terus pulang."

haa,lebih kurang cam ni la.Tapi,tak la sebijik macam ni karangan aku.
cuma jalan cerita tu cam ni la.
siap kena bulat-bulat besar guna pen merah lagi.
jakun tak aku?
bila aku duduk sorang dan otak aku memproses memori ni,
aku akan gelak sorang-sorang
emmm..kenangan masa muda-muda la katakan
sekarang dah tuwe sokit..
dah matang la fikiran aku.
hohohoho

niat aku bukan nak buka pekung.
tapi saja nak cerita kt korang.
banyak sangat kenangan aku masa sekolah rendah dulu
lain kali aku ceita
tu pun kalu korang sudi nak baca...
xkisah pun nak baca ke x,xkena bayar pun
pengalamn ni xboleh dibayar dan dibeli
bukan gitu?

k la,out dulu
nak layan cerita "semua nak 'A' je "
best kot,
pandai nabil berlakon sampai aku naik muak tengok cara eksen dia tuh..
hahahahha
ok
papai,
salam

Friday, November 12, 2010

aPa dah JaDi??

1.40 pagi
13/11/2010

salam
masa di atas menunjukkan bahawa saat aku mula menaip entri ni
dan tarikh tu,sebagai bukti tarikh hari ini yg bersamaan dengan 6zulhijjah 1431

semenjak dua menjak ni
penyakit baru datang
bagi aku,time macam ni dah jadi rasa macam pukul 8malam baru
tengok la,time ni aku tak tidur lagi
orang lain entah ke mana dah..
diorang sedang bertungkus-lumut membina peta
xpe la,aku bagi peluang kat diorang membina bakat masing-masing
koihkoihkoihkoih...



tapi,serius la
aku tak dapat tidur la
mata memang dah kuyu
badan dah menjerit nak baring
bantal ngn selimut duduk mengoda
tapi xboleh juga tutup mata
macam-macam cara dah aku buat
melompat sana sini
menjerit cam tazan
tapi xdapt lelap juga
rasa nk gusti je mata ni.
tapi takut palk,
tak mensyukuri nikmat allah la plak..
hohohoh

sebenrnya semua ini efet kepada asigment yg dulu-dulu
3 minggu aku tak tidur dengan sempurna 
semata-mata nak siapkan asigment
ecehcehceh..(mcm la ko sorng)
betul,bukan nak ngadu
ini betul-betul
rasa macam dah sebati dengan angka 3 pagi ni..
haa,time tu la mata mula mengada-ngada mintak ditidurkan.
tak kan mengedik namanya..
bila dah biasa tidur lewat,ni la akibatnya..

aku tahu tidur lewat ni membahayakan kesihatan
tapi kalu buat-buat tidur bukan menipu namanya??..
hahahaha
moralnya
jaga la kesihatan kerana badan anda begitu berharga

jam menunjukkan dah 2.24 pagi.
aku mintak diri dulu
papai semua
salam

Thursday, November 11, 2010

keRaNa niLa seTitiK

salam
macam ane ngn mulut?
dah mkan?
ikut la brekfst ke,lunch ke,dinner ke
yang penting sila tunaikn tanggungjawab anda kepada perut masing-masing
kuangkuangkuankuang



ok,entri kali ni nak cerita pasal nila
dalam maksud bahasa Bugis,
nila bermaksud bahan kimia yang digunakan pada pakaian.
nila ini berwarna seakan-akan biru tua keungunan
malah nila ini juga boleh digunakan dalam perubatan
biasanya orang yg sakit 'Keng'(loghat qelate)
bahasa yang lebih sopan ialah,bengkak tekak
nila ini boleh disapu pada bahagian yang sakit itu,
insya allah sembuh
aku pernah kena sakit tu,masa darjah 5.
sakit kot,nak makan pun xboleh
merana jiwa batin tengok adik-adik duduk menyangkah makanan
sabar je,tapi dalam hati duduk menjampi serapah sampah
bila dah sembuh,cepat-cepat tobat

tapi,nila juga boleh merosakkan segalanya
bak kata pepatah
"kerana nila setitik,rosak susu sebelangga"
haa...kerana nila je
habis semua yang baik ni jadi buruk-buruk
dan kerana nila ni la membuatkan aku sedar bahawa
manusia ni bila dah keras hati,memang payah untuk terima nasihat
hentam la,pukul ke,sepak ke,tampar ke
selagi orang itu belum terbuka hati untuk berubah
sangat susah nk dibentuk
so,tak payah susah-susah nak susahkan diri ubahkan orang lain

aku yang sedap-sedap tulis ni xbuat salah ke??
ok,aku ngaku yg aku pun tidak suka hidup dalam peraturan
benci dengan keadaan yg terkawal
rimas dengan suasana displin
tapi sampai bila nak lari semua tu
pengalamn tak akan dapat kalu kita tak rasa
dan kalau nak yang 100% yg sempurna
memang susah
sampai bila-bila pun tak akan jumpa sesuatu yg betul-betul sempurna
pasti ada yg cacat dalam sesuatu tu.

hajat nak cerita je apa yg berlaku semalam
tapi tak nak meaibkan mana-mana pihak
tak pasal-pasal aku kne toche ngn sape-sape
xke nyaya aku nanti

the moralnya
jangan la kerana diri kita,orang lain jugak yang kena marah sekali
memang la kata sehati sejiwa
tapi dalm kes ni bukn sehati sejiwa dh sesakit jiwa
kerana
membuatkan orang yg tak buat salah dapat sekali habuannya
dan jangan duduk fikir kita je yg hebat
kita je yg ada masalah
kita je yg tension
kita je yg apa-apa aja la yg rasa kita je yg betul belake 
orang lain pun ada jugak masalah yg sama cuma cara hadapi
dan cara fikir je yg berbeza

ok la,
out dulu
pe pn kepada yg terasa
mintak sori banyak2 ye
aku sekadar nk ingat sesama sendiri dn body badan diri jugak.
yg buruk letak kt sempadan thai
yg baik jadikan kisah haiwan teladan 
hohohoho

papai
salam

Wednesday, November 10, 2010

terasA

salam
tadikan aku g out
 lepas aku balik outing
aku singgah la kt depan tv
ada la 3 member aku yg duduk menonton wayang tak berbayar tu
aku pun ngn sekutu aku apa lagi
duduk menjoinkan diri tengok cerita tu
sebenarnya aku pun tak pernah tengok cerita tu
dan tak pernah tahu kewujudan cerita tu
frist time la aku tengok tu
eh?korang perasan tak macam pantun je.
ada 'tu' kat belakang
ah,lantak la...

ok
masuk ke isi pertama 
atas tu hanya pendahuluan semata-mata
tiada kaitan dengan hidup dan mati
cerita dia tajuk

dalam banyak-banyak part
ada satu part yg sangat aku terasa
tak la terasa sangat
tapi yang pasti aku terasa la
dan aku harap
korang pun terasa jugak
tak aci la kalau aku je yang terasa
korang pun kena terasa jugak
eh,berapa kali sebut terasa ni?
ayoyoyoyo

ok
ayat dia lebih kurang cam ni
sebab aku pun dah lupa macam mana ayat dia sebenarnya

WALAUPUN KITA INGAT KITA SUDAH MENANG,TAPI SEBENARNYA KITA SUDAH LAMA KALAH

cam ane?
mesti ada antara korang yg baca sejuta enam kali
betul tak??hahhahahahha
kan dah kena
korang terasa?
yes yes yes yes....
ada jugak orang yg spesis dengan aku
ala,senyap-senyap je la
jangan dok heboh pulak
yg kita sebenarnya spesis tapi tak sama

ok,moralnya
aku sangat terasa kerana banyak perkara yg aku rasa aku menang
tapi sebenarnya aku dah lama kalah
nak tahu apa?
xpayah la.
buat malu aku je..
koih koih koih...
tak perlu la aku cerita apa peristiwa yg mnyebabkan 
aku sangat terasa bila dengar ayat ini
yg pasti aku sangat terasa
nak gelak?
gelak la puas-puas
bagi peluang kat korang untuk tambah pahala ke aku...
kuang kuang kuang...

so,
sama-sama la kita muhasabah cintaku...
ecehcehhh
masuk tajuk lagu la pulak
jadi
sama-sama la kita muhasabahkan diri kita
kita tak selamanya duduk di atas sahaja
kita akan jatuh ke bawah jua

oii,berani tinggal aku sorang kat bawah

bila dah jatuh,
pandai-pandai la bangun sendiri
guna otak tu untuk fikir
jangan dok fikir yg karut-marut-murut
hidup ni sekejap je

ok la
cukup sini je
jumpa entri lain kali...
salam

Tuesday, November 9, 2010

siptOm yG muLa MenULaR

salam
haa,korang tahu x?
kt ipg aku ni sekarang sedang menular satu penyakit
kompen penyakit ni tak dapat dibasmikan 
kerana pesakit-pesakitnya sudah mencapai tahap kritikal.
para doktor pula sudah melakukan pelbagai kajian dan penyelidikan
untuk mencari penawarnya
tetapi sudah terlambat kerana memang penyakit ini tidak dapat diselamatkan

para pesakit ini terdiri daripada para guru-guru pelatih
dan jumlah bilangan yang teramai ialah daripada 

nak tahu penyakit apa?
TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT



itulah dia penyakit yang melanda antara para guru pelatih sekarang
sebagai contoh ayat la ni:

Milah Londeh: Esok,i kahwin,tetttttttt

Abu Jongeng: Ko dah kantoi,tetttttttt

Awang Belit: aku blum study ag,tettttttttttttttt

dan
yang pasti perkataan Tetttttttttttttt ini boleh masuk ke pelbagai ayat
tapi jangan la plak masukkan benda alah  ini ke dalam ayat karangan korang.
nanti aku pulak yg tertumpang dosa kerana menyebarkan benda ni.

tapi agak seronok la jugk guna benda alah ni
dan 
aku sangat bersyukurlah sebab 
sepanjang aku duduk kt sini
pelbagai perkataan dan trekmak yg mengila
(boleh la aku bawak pulang ke kampung nanti)
aku jugak yang terjangkit dengan penyakit ni
malah
penawarnya tidak akan dijumpai
 para pesakit 
pasti tidak mahu diubati kerana sudah selesa dengan penyakit ini

kalau nak dikira,
banyak lagi trekmak yg yg tak boleh blah ni
sampai aku pun pening nak ingat
memang la benda ni tak masuk exam
tapi agak seronok la sebab dapat belajar benda baru
wlaupun tidak memandang faedah kepada mata pelajaran
tapi memberi keseronokkan kepada penutur ujaran 

ok ar,cukup untuk setakat ni,
nanti entri lain kali aku akan listkan semua trekmak pelik-pelik
masa untuk study 
papai
Assalamualaikum

Monday, November 8, 2010

kawan Oh kawan

katamu apa yang kau impikan 
segalanyakan pasti jadi kenyataan
setiap apa yang kau inginkan
sekelip mata dalam gengaman
dadamu berbaur keegoaan
katamu kau tak perlukan teman
walaupun sendirian
walaupun kesunyian
kau punya segala kelebihan

bibirmu tandusan senyuman
jeling pandangan hanyalah di ekor mata
atur langkah penuh keangkuhan
gerak gaya lambang kemegahan
kau terlupa apa yang kau ada
segalanya kurniaan yang Esa
hanya seorang hamba yang diuji imannya
dengan  kenikmatan dunia

bicara hatimu tetap sepi
sengaja tak pernah kau akui
bagaikan sang merak yang indah bulunya
namun tidak mampu terbang ke angkasa

heyyy...sang merak...
indah bulunya
tidak mampu terbang ke angkasa

andai dibiar keegoaan 
meratah hati dan perasaan
usah kau pertikaikan jiwamu
mengapa tiada rasa ketenangan
pernahkah kau terlintas di minda
ketika kau kesusahan
siapakah yang kan hadir hadir menjadi pembantu

bicara,hatimu tetap sepi
sengaja tak pernah kau akui
bagaikan sang merak yang indah bulunya
namun tidak mampu terbang ke angkasa

renungkan sekejap
mencari silapmu
pendamkan ku rasakan
mampu menjadi saudara
segala jasa baktimu diperlukan
curahkan pada insan yang memerlukan



salam
korang dapat tahu x
atas tuh lirik sebuag lagu nasyid
tajuk
EGOIS
so,sape2 yang sedang rasa dia mcm tuh sekarang,
cepat-cepat la berubah
aku pun bukan baik sangat
tapi sekadar nak ingat sesama sendiri
lagi satu
jangan duduk buat cerita kalau rasa cerita tu tak betul
dan
jangan buat hipokrit dengan perasaan sendiri
kalau tidak suka,terus-terang
jangan biarkan kawan kita syok sorang nak kawan dengan kau
ok,pesanan dari penaja
dan kalau ada yang terasa
mintak maaf lah yer..

haa,kalu ada spe yg nk dengar lagu ni,
klik sini
selamat melayan

salam



Sunday, November 7, 2010

UsrAh RehLah

Assalamualaikum
mcm biasa,korang diwajibkan menjawab salam aku.
wt letih aku je kasi free pahala kt korang,tapi xnak jwab.
Tahukah saudara-saudari bahawa
menjawab salam adalah wajib dan meberi salam adalah sunat.
cepat jawab..emm..kompen ada yg xjawab ni..ni meh aku kasi pertolongn ni.
Waalaikummussalam
~ngeh~ngeh~ngeh~ngeh~

ok,cukup 
entri kali ni aku postkan gmbar-gambar yg kitaorng pergi kt Pantai Tanjung Keling
sumpah,aku tak tipu..pantai tu nama Tanjung Keling..
ada orng kata Pantai Putri,tapi aku tngk kt sign masjid dia tulis Masjid Tanjung Keling
dan
kompen la pantai tu nama Tanjung Keling jgk..
xg2.??

ok
tujuan kami datng kt situ sbb ada buat aktiviti
aktiviti tu diberi nama Usrah Rehlah..
aku sangat gembira kerana dapat datang sini.
ok,aku tipu.
sebnrnya,aku liat jgk nk datng sini,
nak-nak time tu aku xada mood nk jaln-jaln.
tpi,trpaksa buat-buat suka la sbb aku yg kne kutip duit..
tapi ikhlas tau wt kje tuh..
hohohohohoho..

tapi,serius,
bila dah atas bas nk balik,
baru aku terasa sangat best g sne.
sbb aku dapat belajar lagu baru..
nk thu ke?xpayh la...
suara i xsedp nk nynyi.
tapi aku just blh tunjuk pic yg di ambk je mse kt sne.

Masya-allah,sangat cantik ciptaan allah,
rasa macm nk pergi je plak sne.
ambk cuti satu hari,
pakt ngn kwan-kwan buat perkhemhan kt sne,
bbq malm2,
keliling unggu api sambil selawt(eceeehhhhcehhh)
emm..tapi insya allah buat taun depn kot
tu pn klu umur pnjng..

betapa indahnya orng itu..hahahaha

jangan ambik gambar i...

subhanallah,indahnya ciptaan-Nya

di kala senja...

proses vandalisme kenangan

hohohoho

**love**

love bentuk bulat

cakk...aahhh

jumpa sem depan ye pantai keling...

ok,out dlu...
tahun depn kami datang ag yer 
klu dapat kebenarn,trus tidur kt sne..
horeyyy

Assalamualaikum..
(@_@)

Saturday, November 6, 2010

JanJikU

Assalamulaikum
salam di hulurkan
kepada anda semua
moga bahagia
di hari yang indah
lagi mulia
pertemuan ini eratkan kasih sayang.

kali ini,aku xnak berceramah panjg-panjg
xnak taip lama-lama,jari nk bercuti
tapi just bercerita dgn gambar
aku nk tunaikn janji aku tentg janji dlu
kali ni,aku postkn gmbr-gambar
yag diambil oleh pthogrpher ter'bidan terjun'
nisa,aimy dan anis.
gmbr ni diambil masa wktu gerko.
segala makan minum ditaja oleh ustaz kami.
Ustaz Nasri,terima kasih ye..
sampai ada yg semput makn pisng gorng yg besr tu..
so.(waduh,orng omputeh la palk)
layan la diri sendri
nk minum ambk sendri kat dapur
zasssssssss

waa....

kerusi batu yg jadi mngsa

 acara panjt tiang golll

jangan pandang-pandang..

 hohohoh

 saat menjamu selera petang..

pic ni ustaz yg snap

kaki-kaki jelektawan

bintang terlihat terang..saat diriku datang

nice poss

ni la ustaz kami...Mohd Nasri

ustaz mmberi amanat terakhir sebelum kami bersurai


dan kami bersurai..papai..


Friday, November 5, 2010

iMbaU kenangAn dULu..

salam dihulur kepada pembaca-pembaca budiman.
bagaimana cuti anda?
ada dapt maruku ke??
kalu ada share la ceket..
lapar ni..(baca dengan nada sedih)
xkesian ke?isk.isk..isk...iskkkkkkkkkkkkk...
haa,tagk kn dah ngis..
saja je nk mengedik cikit..



entri kali ini,aku nak imbau kembali kenangan aku
dan adik beradik aku.
dalam umur 18tahun ni,baru aku sedar betapa bertuahnya aku.
ada 7 orang adik-beradik.
3 laki ngan 4 perempuan
betul2 ikut bilngan anak nabi.
bkn niat aku nak tunjuk,tapi sebagai perhargaan 
aku kepada adik-beradik aku.
betul.aku sangat bangga dengan adik-beradik aku.
malah aku sangat malu ngn diri aku kerana 
lambat menyedari betapa bertuahnya aku ada mereka,
lahirnya aku bersama mereka,
makan minum bersama mereka,
jalan-jalan bersama mereka,
gaduh sepak tumbuk dengan mereka,
kena marah sama-sama,
pergi sekolah sama-sama,
masak bersama,
tidur,lipat baju,kemas rumah,
ah,kalu nak senarai semua setahun pn xhabis.
tapi,serius...bila aku duduk sorang-sorang
aku sangat rindu saat itu..
kini kami masing-masing bawa haluan sendiri
semua dah besar dan ada tanggunjawab sendiri.
kakak aku dah kahwin,abang aku ddk kat UMT,
adik permpuan frist kt Imtiaz kuala berang,
adik lelaki kat maahad tahfiz kelantan
dan yang tinggal dua adik je.sorang perempuan dan sorang laki
tapi masih sekolh rendah.



sekejap je rasanya.
aku masih terasa kakak aku,nabilah ada depan aku
 dan ajar iqra tapi perkara itu berlalu 14tahun dulu
masih terasa aku bonceng motosikal dan abang aku,basyir 
hantar aku kelas malam 6 tahun lalu.
masih terbyg aku maen masak-masak dengan abidah,
sedangkan semua tu berlaku 12tahun yang lalu
masih terbayang aku bergambar bersama  ziyad yang cute 
dengan pakai jubah depan almari rumah tok wan
sedangkan perkara itu berlaku 13 tahun dulu.
saat melihat karimah boleh berjalan terhuyung-hayang 
masih terbayang dan perkara itu sudah berlalu 9 tahun lalu.
.aku masih terbayangkan aku gendong adik aku,faiz
sedangkan sekarang dh umur 7tahun



saat ini aku bersyukur kerana Allah masih mengurniakan akal dan memori yang kuat untuk 
ingat semua kenangan bersama adik-beradik..
kini,itu tidak akan berulang dan kembali..
hanya ingatan yang kukuh sahaja yang mampu mendekatkan aku dengan semua peristiwa itu.
aku sangat bangga kerana lahir bersama mereka.
sama-sama di bin dan dibintikan dengan 
NIK ABDUL GHAFAR.
aku sangat bangga.
sampai ke akhir hayat aku akan ingat semua ini
dan
sekiranya jika ditakdirkan aku tidak mampu untuk mencungkil semua ini
aku masih bersyukur kerana aku diberi peluang merasai pengalamn ini bersama mereka.

kak,abe...
terima kasih kerana sabar melayan kerenah mardhiah.
terima kasih kerana menjadi kakak dan abang mardhiah
mardhiah hanya ada seorang kakak dan abang je.
tak ada siapa lagi.
mardhiah sangat bangga ada kak ngn abe..
doakan agar mardhiah akan menjadi adik yang baik
adik yang mndengr kata
adik yg mmpu mmbhagiakan kak dan abe
adik yg akn membalas jasa kak dan abe 

abidah,ziyad,mah dan faiz
kak yah bangga ada adik-adik macam korang..
cukup2.
2 pasang adik
orng lain ada?
xada kan?
kak yah jah wt ada adik mcm korng..
(tepuk tangan ceket)
kak yah marah-marah tu sebb kak yah sayng korag..
mintak maaf la klu ada terasa hati,
tergores sana-sini
tercubit terkasar
tertampar ke terjerit ke..
tu semua sifat semula jadi seorang kakak.
jadi redha la kerana mendapt kakak yg sengal mcm ni..
kalu leps ni kak yah buat somethig yg korng marah ke,
sabar dan terima je.
kuasa ada di tangn kak yah
tiada siapa yg dpat halng..
jeng-jeng..

kasih sayang aku kat mereka xdapt digmbarkan dengn kata2.
kalu aku dapat jadikan semua air di lautan
sebagai dkwat
dan aku ungkpakn rasa sayg aku kt mereka
masih tidak mncukupi..

walupn meraka garang
hanya mereka adik-beradik aku
biar pn mereka nakal
darah ak  sama menglir dalm diri merka
meskipun mereka mrahkan aku,
mereka berkongsi rahim yg sama dengn aku.
yang pasti aku saygkan mereka..